Time is Money

Isnin, 8 Oktober 2012

maksud solok lada

Solok lada atau juga dikenali sebagai lada sumbat merupakan sejenis masakan tradisional Melayu. Masakan ini popular di negeri Kelantan dan Terengganu dan merupakan hidangan istimewa di sana. Solok lada dibuat daripada lada hijau yang dibelah dan disumbat dengan inti yang diperbuat daripada kelapa parut, isi ikan, dan santan. Lauk ini biasanya dimakan bersama kerabu. k

bahan-bahan dan cara memasaknya.......

Nasi kerabu


 

Bahan-bahan

Caranya

Bahan untuk nasi:
 
semangkuk bunga kacang telang yang dikisar diambil airnya
2 pot beras
sehelai daun pandan
 
 
Bahan untuk ulam
1. secekak pucuk mata ayam
2. secekak pucuk samak
3. sekuntum bunga kantan
4. tiga batang serai
5. secekak ulam raja
6. secekak pucuk balik adap
7. seinci temu kunci.
bahan-bahan ini dihiris halus seperti untuk membuat kerabu
 
Bahan untuk sambal ikan
1. tiga ekor ikan kembung atau ikan sardin dibakar tanpa rempah dan diambil isinya
2. lima ulas bawang merah.
3. tiga  ulas bawang putih
4. sedikit lada hitam
5. Kerisik (dibuat dari 1/2 biji kelapa parut)
 
Bahan untuk tumis:
1. tiga biji cili kering
2. lima ulas bawang merah
3. tiga ulas bawang merah.
4. sebatang serai dititik.
5. 1/4 cawan santan kelapa
6. sedikit kerisik
 
Nota: terdapat dua jenis nasi kerabu, nasi kerabu biasa dan nasi kerabu tumis.  untuk nasi kerabu biasa tumisnya tidak perlu dibuat.
 
cara membuatnya:
Masak 2 pot beras bersama air perahan bunga kacang telang untuk menghasilkan nasi berwarna biru. Jika tiada bunga kacang telang anda boleh gunakan air perahan daun lemuni, kunyit atau pandan.Boleh juga gunakan pewarna biru atau ungu, untuk aromanya masukkan daun pandan.
 
Isi ikan ditumbuk bersama sedikit garam dan gula serta bawang putih, bawang merah dan lada hitam.Tumbuk kerisik secara berasingan.Letakkan sambal ikan dan kerisik secara bersebelahan di dalam pinggan.
 
Masukkan ulaman yang telah dipotong kedalam piring. sediakan pula tumisnya.panaskan minyak dan tumis cili kering yang telah dikisar bersama bawang hingga wangi.masukkan serai dan santan dan masak dengan api perlahan hingga agak pekat.masukkan sedikit gula dan garam dan serbuk perasa jika suka.
 
nasi kerabu sedap dimakan bersama keropok ikan dan ikan yang digoreng bersama tepung.Jika anda biasa makan budu anda boleh tambahkan budu yang telah diperah bersama limau nipis ketika menghidang.
 

Ahad, 7 Oktober 2012


Tentang Nasi Kerabu


Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, keropokbudu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopakbunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakankunyit.
Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.
Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng.